Navigation




venue

venue events

Selangor Mountain Bike Challenge 2010, masih mengekalkan venue edisi 1, iaitu Kampung Bukit Lagong, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Lokasi yang mempunyai akses dan jaringan kemudahan yang baik menjadikan lokasi penganjuran mempunyai kelebihan. Lokasi acara yang mempunyai semua segmen di perlukan dalam elemen basikal Mountain Bike, menjadikan lokasi ini antara lokasi di gemari oleh peminat MTB yang berdekatan dengan FRIM. Dengan laluan terbaru dan sediada, laluan sejauh 30km akan menyaksikan petaruhan 6 kategory untuk di isi oleh pemenang yang bakal mengharungi Selangor Mountain Bike Challenge 2010.

Laluan hutan dan nursery, di antara laluan yang akan menyaksikan cabaran-cabaran hebat pada edisi ke 2.

KE LOKASI :

Lokasi acara menggunakan 'land mark' atau 'penanda arah' yang mudah ialah berhampiran Pusat Kawalan Kusta Negara Sungai Buloh dan Hospital Sg Buloh. Untuk ke sini, peserta boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan PLUS dan exit ke Hospital Sungai Buloh (EXIT 114) dan lokasi berada di sebelah kiri selepas TOL tersebut. Jika menggunakan jalan perseketuan, peserta boleh menggunakan laluan Kepong ke Kuala Selangor dan jika dari arah Kepong, susur masuk ke Lokasi ialah selepas susur Tol Sungai Buloh iaitu 'Susur Hospital Sungai Buloh', dan jika dari  Kuala Selangor, susur lokasi selepas melepasi Bandar Baru Sungai Buloh, dan susur ke Kiri, memasuki "Hospital Sungai Buloh". *Untuk maklumam, Papan Tanda Lokasi acara akan di pasang 3 hari sebelum pertandingan.

LOKASI DOWN HILL

Lokasi Down Hill, merupakan lokasi yang masih di bawah kawasan yang mempunyai 'kelulusan syarat' secara berperingkat. Justeru adalah di maklumkan ia tidak ada sebarang latihan buat masa kini. Lokasi Down Hill ini terletak di kawasan Hutan Simpan Kampung Orang Asli.

 

GAMBAR LALUAN SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2010  

 

Laluan Jalan Raya Hadapan Hospital Sungai Buloh

Laluan Menuju Ke Kuari Sungai Buloh

Laluan Baru, Laluan Nursery

Laluan Nursery, Up Hill and Down Hill........

Laluan Nursery

Laluan Nursery

Laluan Baru ...

Laluan Baru Nursery trial

 DOWN HILL TREK

 





News


Archive

Another Menu