Navigation




Events 2009

Events 2009Events 2009

Sungai Buloh, 29hb Mac 2009. Selangor Mountain Bike Challenge 2009 merupakan pertandingan basikal lasak atau ‘Mountain Bike’ yang pertama kali di anjurkan bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 21 dan ADZ Auto Engineering. Acara yang pertama kali di anjurkan di Selangor ini, merupakan acara yang di nantikan oleh peminat ‘Mountain Bike’ seluruh Malaysia. Selangor Mountain Bike Challenge 2009, ialah acara yang menggabungkan perlumbaan dan perhimpunan ‘Jamboree’ iaitu acara yang berlangsung memberi dua suasana yang berbeza iaitu dalam aspek sukan, kesihatan dan modal insan.

 

Sebanyak empat kategori di pertandingkan iaitu ‘Kategori Terbuka’, ‘Terbuka Selangor’, ‘Kategori Wanita’ dan ‘Kategori Vateran’.

 

 

Laluan ‘Selangor Mountain Bike Challenge 2009’, meliputi laluan sepanjang 25 km yang memberi cabaran dan halangan dalam pelbagai sudut. Laluan yang melalui jalan raya dan laluan kebun bunga merupakan laluan yang di anggap mudah, selain beberapa laluan yang di sediakan oleh penganjur iaitu laluan hutan sejauh 3 km, laluan berbukit dan laluan jalan tanah merah yang pasti memberi cabaran dan halangan. Peserta harus melalui beberapa ‘check point’ untuk mengesahkan laluan yang telah di lalui. Dengan bentuk muka bumi yang berbeza, laluan di sini agak mudah walaupun dalam masa yang sama memerlukan katahanan mental dan fizikal dalam pengayuhan.

 

‘Selangor Mountain Bike Challenge 2009’, menerima penyertaan yang pelbagai  meliputi penyertaan dari Kelab-Kelab Basikal Mountain Bike seluruh Malaysia, orang persendirian dan beberapa penyertaan dari luar Malaysia iaitu Norway, UK, Singapore, Canada, Indonesia dan Brunei.

 

 

 

 

Selain menjadikan acara ‘Selangor Mountain Bike Challenge 2009’ sebagai acara tahunan dalam kalendar edisi sukan negeri Selangor, penganjur berharap acara ini dapat memaksimumkan program belia ke arah memupuk modal insan ke arah gaya hidup lebih sihat dan berkualiti. Selain itu, acara ini juga mampu mempromosikan negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan, di mana kawasan acara iaitu Sungai Buloh yang terkenal dengan pusat tanaman bunga-bungaan dan tanaman lanskap

 

Acara yang bermula jam 9.00 pagi, di lepaskan oleh Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang Zon 21 yang juga Pengarah Acara Selangor Mountain Bike Challenge 2009. Sebanyak 277 peserta bertanding dalam acara yang julung-julung kalinya di adakan di negeri Selangor Darul Ehsan. Acara yang di adakan di sekitar Kg Bahagia, Bukit Lagong Sungai Buloh  berlangsung lebih sejam itu telah di menangi oleh Ian Johnson yang berasal Britain dengan  catatan masa 1.04.00 dan memenangi kategori open yang menyaksikan 200 penyertaan. Beliau memenangi tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 800.00, hadiah tajaan dan sijil. Tempat kedua di menangi oleh Pasukan Letua (L2A) iaitu Lim Yew Meng dan ketiga dari  club Folker Malaysia iaitu Shahrin Amir.

 

 

Selain Kategori ‘Open’, tiga kategori lagi di pertandingakn iaitu ‘Open Selangor’ yang di khaskan untuk yang lahir di Selangor, kategori wanita dan kategori vateran. Kategori Open Selangor menyaksikan 36 penyertaan dan telah di menangi oleh Chong Soon Kean dari Kelab Great Outdoor dengan catatan masa 1.06.00. Beliau membawa pulang wang tunai RM 600.00, hadiah tajaan dan sijil. Kedua di menangi oleh iaitu Zulkhibri Bin Imam Asmul dan ketiga Mohd Rosli Bin Mohd Hassan dari Pasukan KWSP.  Dua kategori yang di pertandingkan ialah Veteran yang menerima sebanyak 25 penyertaan dan 16 peserta bagi kategori wanita.

 

Ian Johnston (Overall Winner)

 

Acara ini di anjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Zon 21, Ahli Majlis Perbandaran Selayang dan ADZ Auto Enginering selain mendapat sokongan seperti ‘Jawatankuasa Pelancongan Dan Alam Sekitar’ , Majlis Perbandaran Selayang, Pusat Kusta Negara, Sg Buloh, Hospital Sg Buloh, Tenaga Nasional berhad dan PLUS Expressway dan Penaja Powerbar dan IM.cyclist.com serta media rasmi 4wd-suv.com

 

Selangor Mountain Bike Challenge 2009

Lokasi Acara 

SELANGOR DARUL EHSAN

 

Lokasi acara ‘Selangor Mountain Bike Challenge 2009’ ialah di Bukit Lagong, Sungai Buloh. Bukit Lagong merupakan kawasan perkampungan terawal di Sungai Buloh. Perkampungan yang majoritinya berbangsa Melayu, mempunyai kepadatan penduduk hampir 1000 orang. Berhampiran dengan Hospital Sungai Buloh, Bukit Lagong terkenal dengan tapak semaian bunga-bungaan dan lanskap tanaman hiasan.

 

Lokasi acara ini terletak di kawasan hampir dengan Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh. Untuk sampai ke lokasi acara, peserta boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan keluar melalui ‘exit’ Sungai Buloh / Hospital Sungai Buloh. Jika menggunakan Jalan Bandaran, peserta boleh melalui jalan Kuala Lumpur / Kepong ke Kuala Selangor dan melalui Sungai Buloh

 

'VISIT SELANGOR'

 

 

Category

Trail

Sebanyak empat kategori di pertandingkan dalam 'Selangor Mountain Bike Challenge 2009' iaitu

  • Open Category 25 km
  • Open Selangor 25 km
  • Vetaran Category 15 km
  • Woman Category 15 km

Semua kategori yang di pertandingkan menyaksikan 'Hadiah wang tunai sebanyak RM 3000,00, hadiah sumbangan 'IM CYCLIST dan NISSAN'

Selangor Mountain Bike Challenge 2009 merangkumi laluan trail yang mencabar yang pertama seumpamanya untuk peserta MTB.

Laluan yang merangkumi pelbagai segmen meliputi laluan 'Jalan Raya, Laluan Tanah Merah, Laluan Offroad, River crosing, Jugle trail, mendaki dan menuruni bukit yang menyaksikan hampir 5 bukit dengan ketinggian mencapai 450ft dari aras laut

 

 

Di Anjurkan Oleh :

 

JKP ZON 21 (Jawatankuasa Penduduk Zon 21) dan ADZ Auto Engineering

 

 

www.jkp21mps.com

 

DAN

 

 

 





News


Archive

Another Menu