Navigation




2010 Events

SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2010

CROSS COUNTRY (25 APRIL 2010)

DOWN HILL (24 APRIL 2010)

 


 

Organiser By : Majlis Perbandaran Selayang & Tourism Selangor

 


24 dan 25 April 2010, Selangor Mountain Bike Challenge 2010 berlangsung di Bukit Lagong, Sungai Buloh. Edisi ke-2 penganjurannya telah di anjurkan oleh Majlis Perbandaran Selayang dan Tourism Selangor yang bertindak sebagai ‘penganjur bersama’ untuk acara ini. Selain itu, ADZ Auto Engineering bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 21, Majlis Perbandaran Selayang bertindak sebagai ‘pengurusan acara’ dalam melancarkan acara basikal lasak ini.

 

Edisi ke-2 Selangor Mountain Bike Challenge 2010, berlangsung dalam dua hari dengan pengenalan beberapa segmen baru dan penambahan kategori seterusnya menjadikan Selangor Mountain Bike Challenge 2010 sebagai acara ‘Mountain Bike’ yang memberi konsep acara pertandingan untuk semua golongan dan peringkat. Pengenalan segmen terbaru dalam Selangor Mountain Bike Challenge 2010 iailah segmen ‘Down Hill’ atau menuruni bukit. Berlangsung di kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong, laluan ini merupapakn laluan asli denai perkampungan Orang Asli. Laluan ‘Down Hill’ sepanjang 700 meter memerlukan kemahiran dalam menuruni bukit dengan keupayaan kepantasan masa untuk mengesahkan juara dalam segmen ini. Segmen ‘Down Hill’ di bahagikan kepada dua kategori iaitu ‘Down Hill Open’ dan ‘Down Hill Beginner’ yang masing-masing membezakan peserta yang amatur dan peserta peringkat petengahan.

 

Berlangsung dalam dua hari, acara kemuncak Selangor Mountain Bike Challenge 2010 ialah segmen  ‘cross country’ 30 km, yang berlangsung pada hari kedua iaitu 25 April 2010. Dengan penambahan dua lagi kategori iaitu ‘Remaja dan Kategori Berpasukan’ ia menjadikan Selangor Mountain Bike Challenge 2010 mencipta tradisi baru dalam sukan ‘mountain bike’ di Malaysia. Menjadikan keseluruhan 6 kategori dalam segmen ‘cross country’, penyertaan untuk tahun 2010 telah menerima sebanyak 500 penyertaan dan menjadikan melebihi sekali ganda penyertaan pada tahun lepas iaitu penganjuran edisi yang pertama.

 

Tiga kategori yang memerlukan peserta melalui laluan hampir 30 km ialah tiga kategori iaitu ‘Open’, ‘Selangor Open’ dan ‘Berpasukan’ dan untuk kategori ‘Wanita, Remaja dan Veteran, peserta perlu melalui 3 peringkat ‘check point’ dan menghabiskan laluan 25 km sahaja. Dengan laluan yang meliputi semua sudut cabaran, laluan Selangor Mountain Bike Challenge 2010 adalah ringkas, unik dan menggabungkan semua elemen dalam konsep sukan ‘mountain bike’.

 

Pelepasan peserta edisi ke 2, Selangor Mountain Bike Challenge 2010 telah di lepaskan oleh Yang Berhormat, R. Sivarasa , Ahli Parlimen Subang tepat jam 8.40 pagi. Selangor Mountain Bike Challenge 2010 menghubungkan pembinaan satu bentuk acara yang mana dapat membantu pihak terlibat dalam menjayakan sukan berbasikal peringkat negeri dan nasional. Sebagai penganjur, acara ini mampu mengetengahkan atlet sukan peringkat pertengahan dan amatur selain menjadi hub untuk membangunkan program sukan dengan lebih taratur. Penglibatan penyertaan pelbagai peringkat juga adalah salah satu kelebihan dalam merencanakan program sukan yang mampu memberi bentuk satu program yang menepati untuk semua golongan. Oleh itu, dengan penyertaan peserta dalam pelbagai sudut, program sebegini mampu menghasilkan ‘modal insan’ yang berkualiti dalam satu bentuk gaya hidup dan sihat. Kali ini, Tourism Selangor yang bertindak dalam menjayakan program ini juga, mampu memberi ruang yang baik dalam menjayakan konsep sukan berbentuk pelancongan sekaligus menjadikan Selangor sebagai hub destinasi sukan pelancongan.

 

Acara Down Hill telah di menangi oleh Shahrin Amir dari pasukan Due Roda Extreme dengan kepantasan masa iaitu 1minit 47 saat meninggalkan Muhamad Fareez Burhanudin dari Team MTB Malaysia dan ketiga di menangi oleh Norshahril dari Kuala Lumpur. Dengan penyertaan seramai 33 peserta untuk acara ‘Down Hill’, laluan yang disediakan adalah amat sukar dengan laluan yang melalui kawasan Hutan Simpan yang begitu unik dan menarik selain kecuraman sekitar 65 darjah dengan ketinggian menuruni bukit dari 400 meter dari aras laut.

 

Selain itu, acara kemuncak hari kedua juga telah di menangi oleh Shahrin Amir dari pasukan Due Roda Extreme dengan kepantasan masa 1 jam dan 1 minit dengan laluan 30km yang di lalui oleh semua peserta kategori ‘Open’, Beliau membawa pulang wang tunai, hadiah tajaan, plag dan sijil. Tempat kedua di menangi oleh Azizul Azli Shaari dari Terengganu dan Ketiga oleh peserta Powerman Malakof iaitu Shahrom Abdullah. Dengan kemuncak acara pada hari kedua ini, edisi tahun 2010 juga telah membawa masuk lebih ramai penyertaan luar Negara iaitu UK, Canada, Singapore, Indonesia, Brunei dan terbaru ialah penyertaan pasukan dari Thailand.Majlis penyampaian  Hadiah dan penutup telah di rasmikan oleh Timbalan Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Selayang Tuan Jaid Bin Ehsan.

 

 

Selangor Mountain Bike Challenge 2010, telah mendapat sokongan penuh Majlis Perbandaran Selayang, Tourism Selangor, Jabatan Perhutanan, Pusat Kawalan Kusta Negara Sungai Buloh, Hospital Sungai Buloh dan Tenaga Nasional Berhad. Dengan hadiah yang menarik dan hadiah wang tunai melebihi RM 3000,00 Selangor Mountain Bike Challenge 2010 mendapat penajaan dari Powerbar, IM Cyclist, Gatorade dan majalah Cycling Asia sebagai rakan media.

 

 

 


 

 

PENGANJURAN EDISI Ke-2, 2010

 

Penganjuran acara Selangor Mountain Bike Challenge 2010 akan di anjurkan bersama Majlis Perbandaran Selayang dan Tourism Selangor dan di jangka akan menarik lebih 500 penyertaan seluruh Malaysia dan antarabangsa.

 

Mountain Bike merupakan antara elemen sukan yang mempunyai peminat yang tersendiri dan di sertai oleh pelbagai latar belekang dari golongan rendah, sederhana dan elit. Dengan acara pertandingan yang menggabungkan semua elemen, Selangor Mountain Bike Challenge 2010 mampu menarik penyertaan yang baik dan merupakan acara yang di nantikan oleh peminat Basikal Bukit tanahair.

 

Selangor Mountain Bike Challenge, merupakan penganjuran yang pertama menerapkan kepelbagaian ketegori untuk disesuaikan oleh peserta dan peminat ‘Mountain Bike’untuk menyertai. Kategori yang di pertandingkan merupakan satu bentuk penyesuaian dan strategi penganjur dalam memastikan di antara penganjur yang pertama melaksanakan. 6 kategori yang di pertandingkan dalam acara Cross Country merupakan acara Basikal Lasak, Mountain Bike yang pertama di Malaysia membina kepelbagaian kategori untuk menarik minat peminat sukan ini menyertai selain memberi lebih cabaran dan elemen kesukanan dan berpasukan.

 

Selangor Mountain Bike Challenge 2010, akan mengabungkan acara ‘Cross Country’ dan ‘Down Hill’ yang akan berlangsung selama 2 hari, dan ia pertama yang di lasksankan dalam pertandingan dan penganjuran ‘Sukan Mountain Bike’di Malaysia. Berlangsung dalam dua hari iaitu Sabtu dan Ahad, ia mampu menarik peminat, penonton dan penyertaan yang baik pada tahun 2010. Lokasi yang berhampiran dengan semua akses menjadikan Selangor Mountain Bike Challenge 2010, menjanjikan lokasi yang strategik untuk menarik penyertaan dan peminat Mountain Bike hadir.

 

Laluan tahun 2010 menggunakan laluan tahun 2009, dan penambahan cabaran pada tahun ini di anggap yang terbaru dan laluan Selangor Mountain Bike Challenge 2010 menggabungkan semua elemen yang di perlukan untuk Mountain Bike dan ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.


 

 

Kami menerima 'Undian' : sebanyak 338 (95%) undian menyokong Selangor Mountain Bike Challenge 2010 menggabungkan acara Down Hill bersama Cross Country, dan 16 (5%) Undian Menolak acara Down Hill..(Undian Sehingga 10 Mac 2010 Sahaja)

 

 WE ARE EVENTS FOR ALL MOUNTAIN BIKE FANS........"COME JOIN US"

 





News


Archive

Another Menu